Ibu Bapa Risau Anak Lambat Membaca? Muat turun eBook Percuma 3LAMM – Panduan mudah bantu anak mula membaca di rumah!

Membina Legasi Intelek, Generasi Berilmu & Membaca

Di Cahayaku, sejak 1998 kami percaya IQ anak dibina melalui EQ. Kami mendidik ikut karakter mereka – bukan memaksa, tapi menginspirasi anak untuk suka membaca dan membina karakter positif.

Pernah bersiaran langsung di Media sebagai jemputan

 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :
 :

Pilihan Ibubapa Setiap Generasi #1 Sejak 1998

Kenapa Ibu Bapa Memilih Cahayaku?

IQ Dibina Melalui EQ yang Kukuh

Kami percaya kecerdasan intelek lahir daripada emosi yang stabil. Anak yang tenang lebih mudah fokus, faham dan terus berkembang dalam pembelajaran.

Pendidikan Berdasarkan Karakter Anak

Setiap anak itu unik. Kami kenal karakter mereka dan gunakan pendekatan yang sesuai agar mereka seronok belajar dan tidak tertekan.

Modul Terbukti & Sistematik Sejak 1998

Modul Cahayaku disusun berperingkat – bermula dengan EQ, suku kata, bina ayat hingga anak membaca bebas dengan yakin dan memahami apa yang dibaca.

Pendekatan Tidak Memaksa Anak Belajar

Kami tidak paksa anak membaca, sebaliknya kami cipta persekitaran yang buat mereka suka membaca dan rasa seronok untuk terus belajar.

Fokus Membina Karakter Positif Anak

Kami bukan sekadar mahu anak pandai membaca, tetapi membesar dengan keyakinan, mampu berfikir dan berdikari dalam kehidupan.

Program Pendidikan yang Ditawarkan

Tadika Integrasi Cahayaku

4-6 Tahun (Normal)

Program penuh waktu untuk anak 4–6 tahun yang menggabungkan Modul Membaca, sahsiah dan silibus prasekolah KSPK & Pra KAFA.

Kelas Membaca Cahayaku

7 Tahun ke atas (Normal)

Sesi pembelajaran selepas sekolah untuk membantu anak menguasai kemahiran membaca dengan kaedah berperingkat dan terbukti berkesan.

Terapi Membaca Cahayaku

7 Tahun ke atas (Istimewa)

Sesi khas secara individu atau kumpulan kecil untuk anak yang mengalami kesukaran membaca, lemah fokus atau belum mengenal suku kata.

Pendidikan Khas Cahayaku

7 Tahun ke atas (Istimewa)

Program inklusif bagi anak istimewa (autisme ringan, ADHD, dll.) yang menekankan EQ, asas membaca, dan latihan kendiri dalam suasana penuh kasih sayang.

Silibus Pembelajaran

Modul Pembelajaran Cahayaku

Setiap program di pusat kami menggunakan gabungan Modul Cahayaku yang menyeluruh — daripada kemahiran membaca hingga kepada perkembangan karakter, EQ dan akademik anak.

Aktiviti Luar Kelas

Aktiviti Tahunan & Sosial

Selain pembelajaran berstruktur, kami juga menganjurkan pelbagai aktiviti sosial dan tahunan yang menyeronokkan untuk membina keyakinan, kerjasama dan kemahiran hidup anak-anak.

Apa Kata Ibu Bapa?